Deadline | Ongoing |
---|---|
Organisation Type | Private Sector / Organisation |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | Local |
Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi, sosial dan kesihatan seluruh dunia terjejas teruk dan negara kita juga tidak terkecuali. Rentetan itu, ramai individu telah diberhentikan kerja dan kadar pengganguran juga turut meningkat sejak penularan wabak tersebut.
Program menaik taraf (upskill) dan latihan semula (re-skill) kemahiran amat penting supaya belia lebih bersedia untuk kekal relevan dalam dunia pasca COVID-19 bagi memastikan supaya memberikan nilai tambah bagi kemahiran sedia ada serta membantu meningkatkan kebolehpasaran pekerja.
Oleh itu,?Peneraju High Impact Programme (HIP)?telah diperkenalkan untuk menyediakan program menaik taraf dan melatih semula berkaitan skil-skil Revolusi Perindustrian 4.0, skil-skil Abad ke-21 atau skil-skil yang relevan & signifikan dengan kehendak dan keperluan industrii.
Kursus-kursus dalam talian ini adalah ditaja sepenuhnya* oleh pihak Yayasan Peneraju dan akan diadakan secara atas talian. Peserta juga akan menerima sijil selepas tamat kursus. Jadual di bawah merupakan senarai kursus yang tawarkan di bawah Peneraju HIP:
?
Data Labelling for the Future of AI
Kursus selama 7 – 8 minggu ini memfokuskan kepada aspek berbeza di dalam data labelling. Kursus in akan mengasah kemahiran komputer, pemikiran logikal dan kritikal dan pendedahan kepada Kecerdasan Buatan/Artificial Intelligence dan Pembelajaran Mesin/Machine Learning. Modul merangkumi:
- Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan/Artificial Intelligence
- Penglihatan Komputer/Computer Vision (Video dan Penjelasan Imej)
- Natural Language Processing (Audio/Text)
- Entity Resolution (Data Cleansing and Web Research)
Sijil Penyertaan oleh Alegion (Malaysia) Sdn Bhd akan disediakan untuk setiap peserta.
Syarat-syarat kelayakan
- Bumiputera Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18-45 tahun.
- Terbuka kepada pelajar tahun akhir, golongan bekerja dan juga tidak bekerja.
Penyedia Latihan
Alegion (Malaysia) Sdn Bhd
Permohonan
Mohon sekarang melalui laman web
?
Career Breakthrough Online Course
Kursus komprehensif dan kondusif yang interaktif dan modul terkini untuk memastikan peserta seiring dan relevan dengan era transformasi digital. Kursus ini memfokuskan kepada? kesediaan tenaga kerja , kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Modul merangkumi:
- Kesediaan Tenaga Kerja, karier & pembangunan diri dan rundingan
- Mengurus kritikan di tempat kerja, kepimpinan berkualiti & latihan peningkatan kemahiran insaniah
- Penguasaan skil teknikal yang penting
- Meneroka minda dan perjalanan keusahawanan bersama usahawan berpengalaman
Sijil Penyertaan oleh Finnext Capital Sdn Bhd akan disediakan untuk setiap peserta
Syarat-syarat kelayakan
- Bumiputera Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18-45 tahun.
- Terbuka kepada pelajar tahun akhir (pra-siswazah dan pasca-siswazah) golongan bekerja dan juga tidak bekerja.
Penyedia Latihan
Finnext Capital Sdn Bhd
Permohonan
Mohon sekarang melalui laman web
Sumber: