Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini diwajibkan mengambil sebanyak 95 jam kredit sepanjang pengajian sepenuh masa selama 2 tahun setengah (5 semester). Pelajar-pelajar akan menjalani latihan industri di organisasi swasta/syarikat yang terpilih selama 8 minggu semasa cuti antara semester. Pelajar semester akhir dikehendaki menyedia dan menyiapkan satu projek akhir yang menggabungkan semua elemen yang telah mereka pelajari.
Objektif Program Pengajian :
?
|
Syarat Am Universiti:
Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
?
Terbuka kepada : ALIRAN SAINS / TEKNIK
?
Syarat Khas:
1. Mendapat SATU (1) kepujian daripada mata pelajaran berikut :
?Pendidikan Islam
?Pendidikan Syariah Islamiah
?Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
?Tasawwur Islam
?Pendidikan Moral
?
2. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan
?
3. SATU (1) kepujian daripada mata pelajaran berikut :
?Lukisan Kejuruteraan
?Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
?Pengajian Kejuruteraan Awam
?Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
?Fizik
?Kimia
?Sains
?Sains Gunaan
?
4. SATU (1) kepujian daripada mana-mana mata pelajaran lain (selain daripada mata pelajaran yang telah dipilih).
?
5. Lulus Bahasa Inggeris
?dan
Tidak rabun warna / buta warna dan tidak cacat anggota.