Program ini terbuka kepada calon-calon aliran Sains dan Sains Sosial, peringkat STPM, Matrikulasi, Diploma atau yang setara. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :
SYARAT AM
a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan Sejarah (mulai SPM 2017); dan
b) Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan;
· Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
· Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
c) Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
d) Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; atau
e) Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; dan
f) Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Dua (2)/ Band Dua (2).
SYARAT KHAS PROGRAM
Lepasan STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti dan
a) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
dan
b) Mendapat sekurang-kurangnya 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
· Kesusasteraan Melayu
dan
c) Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalammata pelajaran berikut:
dan
e) Lulus ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
Dan
d) Lulus temu duga yang ditetapkan.